cempaka sari

cempaka sari

Thursday, October 7, 2010

Raja Muzaffar Shah ibni Sultan Mahmud Shah tiba di Beting Beras Basah dri Kampar, Sumatera pada tahun 1528 iaitu tidak lama selepas ayahandanya mangkat. Ketibaan baginda diringi oleh beberapa buah kapal yang membawa hulubalang dan pekerja istana yang dibawa dari Kampar.

PETA TELUK BAKONG ( TANAH ABANG )
Raja Muzaffar Shah membawa sebahagian besar Alat-alat Kebesaran Melaka ( sejak zaman Sultan Mansor Shah ) antaranya Keris Taming Sari, Pontoh Ular, Pontoh Naga, Pedang Cura Si Manjakini, Mahkota dan Mohor Diraja.
Baginda dilantik sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah dan ditabalkan di Tanah Abang ( Teluk Bakong sekarang ) sebuah kawasan terpencil di muara sungai Perak.


Tidak lama ditabalkan, baginda telah membina sebuah kota yang besar dan lengkap dengan istana serta kediaman pembesar-pembesar istana. Sultan Muzaffar Shah telah bersemayam di Teluk Bakong sehingga baginda mangkat pada 1549 dan disemadikan di satu kawasan tidak jauh dari istana. Putera baginda, Raja Mansur menjadi Sultan Perak kedua dengan gelaran Sultan Mansur Shah.
MAKAM SULTAN MUZAFFAR SHAH I DI TANAH ABANG
  


             TOK TEMONG (KERAMAT TOK TEMONG)  

Mengikut buku sejarah 'Hulu Perak Dalam Sejarah' dan 'Sejarah Perak', tiada beberapa lama selepas Tun Saban meninggalkan Kampar (Sumatra) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berhijrah ke Beredong Budi di Hulu Petani, kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak di mana beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban menjadi ketua di Belum dan seterusnya mangangkat seorang daripada adik perempuan beliau yang bernama Tun Perabu menjadi Ketua di tempat bernama Temong dan beliau dikenali dengan gelaran Tok Temong.
Ketika Tun Saban sampai di Perak, negeri ini belum beraja lagi. Kebanyakan penduduk-penduduknya terdiri daripada pedagang-pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik yang memelihara seorang bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau berwasiat dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang barasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-raja yang turun dari Bukit Si-Gantung tiada terputus di Tanah Melayu. Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah memohon supaya seorang putera Baginda menjadi Sultan Perak.
Sultan Mahmud Shah telah meminta puteranya yang bernama Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak dan pada tahun 1528. Baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Semasa pertabalan, Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama MASTIKA EMBUN. MASTIKA EMBUN ini telah dijadikan salah satu Alat Kebesaran di-Raja Perak dan diguna dalam Istiadat Pertabalan di-Raja Perak.
Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur (bekas sireh) kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong. Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar (janji) daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu Baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mundik Sungai Perak.
Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makan di sebelah kiri mudik Sungai Perak.
Tok Temong telah meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong. Makamnya digelar Keramat Tok Temong dan diziarahi oleh tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan.
Makamnya terletak di kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan 


                   BETING BERAS BASAH

Beting Beras Basah terletak di Kuala Sungai Perak, Daerah Hilir Perak. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke Negeri Perak. 

Di zaman munculnya Kerajaan Beruas dan Manjung terdapat juga beberapa daerah di Perak yang memerintah secara persendirian. Di Temong misalnya terdapat seorang perempuan yang dikenali sebagai Tok Temong dan di Hulu Perak terdapat seorang lelaki bernama Tun Saban anak Bendahara Tun Perak Melaka. Begitulah keadaannya sebelum wujud kesultanan Perak. 

Kesultanan Perak bermula pada kurun ke-16, apabila putera kedua Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir, setelah Negeri Melaka dikalahkan oleh Portugis pada T.M 1511 dilantik menjadi Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528. Putera tersebut bernama Raja Mudzaffar Shah. Menurut cerita lisan yang diperolehi daripada Almarhum Sultan Idris Almutawakkil Alallah Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-33, Orang-orang Perak telah menyuruh Tun Saban menjemput Raja Mudzaffar untuk dirajakan di Perak. Waktu bakal Sultan ini mudik Sungai Perak, bahtera kenaikan Baginda telah tersangkut di Beting Beras Basah yang terletak di Kuala Sungai Perak. Raja Mudzaffar telah berseru: 

"Sekongkong Tanah Minangkabau

Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"



Selepas seruan Baginda diucapkan. bahtera kenaikan Baginda itu bergerak, dan Orang-orang Besar dan beribu-ribu rakyat Negeri Perak yang menyambut Baginda menyebut "Daulat Tuanku" tiga kali berturut-turut. Kemudian Baginda diarak mudik Sungai Perak hingga ke tempat yang bernama Tanah Abang dan disitulah Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama.   



sedikit foto beting beras basah...




bot yg digunakan sewaktu pertabalan..



[img][/img]



No comments:

Post a Comment